Tuesday, January 18, 2011

JURUSOLEK!!

Bila berbicara ttg majlis perkahwinan, mesti kita akan terfikirkan yg cantik2 ttg baju, pelamin dan x lupa yg paling penting ialah MAKE-UP yang haruslah cantik menarik ko mmg d bom!! Sebenarnya bukan mudah nak uruskan ttg majlis kawen ni, byk perkara yg perlu kita amik tau & perlu buat pertimbangan dgn betul..jgn main redah je.. bak kate pepatah untung sabut timbul, untung batu tenggelam!!!

Dlm byk2 urusan mjlis perkahwinan Pemilihan jurusolek/mak andam/pak andam adalah satu antara perkara yg terpenting! kan ke kite hendak nampak d bom di hari majlis.. peranan mereka walaupun nampak kecil tapi akan memberi impak yg besar pada kita & majlis perkahwinan tu..

Pemilihan jurusolek seeloknya dilakukan seawal 6-5bln sebelum majlis. Ini untuk mengelakkan kita dapat jurusolek yg kita sndiri x berkenan..senang cite tangkap muat je..yg pentinga ade dr xde kan... ish jgn begitu nti kalo rupe burok habes sume org asek duk ckp2 je "'eh x cantik ar si polan tu..x macam pengantin pun".. xmau ke dgr org bercakap "eh cantik la si polan tu..naek betul seri pengantin dia".. hah kan lagi syok dgr!

Antara tip yg boleh diguna utk membuat pemilihan jurusolek:
  1. Yg penting survey! Perlu rajin pegi survey ke bridal2 / jurusolek melalui FB, blog, bridal gallery..
  2. Kebiasaanya kalo kite amek pakej kat bridal mmg dh include andaman tuk majlis nikah, berinai & sanding ni.. tapi x bermakna yg kite tiada hak tuk memilih jurusolek yg kita inginkan.. bincang dgn bridal gallery tersebut ok!
  3. Lihat hasil2 kerja jurusolek berkenaan terlebih dahulu dgn lbh dkt lagi.. Lihat contoh2 gambar2 model/pengantin yg telah disolek sebelum ini.
  4. Kenalpasti brand makeup yg digunakan.. bukannya nak demand tapi manalah tau ada brand yg mungkin anda allergic! x ke haru nanti kalo2 muka kena gatal2 after makeup?!
  5. After survey, buat shortlist.. 2-3 jurusolek yg anda rasa terbaik.. Then try buat test make-up dulu before majlis. Makeup test biasanya rate antara RM80-RM150 kot..
  6. Pastikan jurusolek anda tidak ada tempahan drpada org lain.. bukannya nk ttp pintu rezeki dia tapi cuba fikir kalau dia ada job lain pada waktu yg sama dgn hari wedding day anda, pasti dia akan kelam kabut & terkejar2 utk solekkan anda..sudahnya habis sume hancur!!
  7. Rajin2 la belek & membaca majalah2/artikel kecantikan utk tambahkan ilmu supaya kite tau apa yg kita mahu, tau apa yang cantik apa yang tidak..
  8. Berkomunikasi dgn jurusolek anda selalu! Terangkan seawal sebelum majlis solekkan bagaimana yg anda inginkan & apa yg anda tidak suka, dandanan rambut bagaimana yg anda mahu, bagaimana hendak gayakan tudung dsb.. bersikap cerewet kadangkala itu perlu tau! tapi jgn lah cerewet melampau sbb kadangkala apa yg kite bayangkan cantik itu tidak indah..Jurusolek anda lebih berpengalaman so dgr la jugak pandangan beliau!! Perlu ada perbincangan antara anda dan jurusolek anda!



ok tu saja sedikit panduan & tips dari saya!
till then!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...