Saturday, January 15, 2011

Kecantikan dan Airmata Seorang Wanita





"Kau tahu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. "Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya"

Allah s.w.r...berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika
orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."



petikan dari blog ini

Wednesday, January 12, 2011

SI COMEL PENYERI MAJLIS ANDA!!

bayangkan anda si ratu jelita, bergandingan dgn sang raja rupawan berjalan bergandingan di permaidani merah nan indah.. diiringi oleh dayang2 yang comel sambil menabur kelopak2 bunga rose! owh.. sangat sweet oke!!

hehehe ok entri kali ini saya nak tulis ttg dayang2 yang mengiringi pengantin ketika sedang berarak.. wah mcm anak raja kan!! uppss dh nama pun raja sehari kan.. (sehari je tau berangan!)


tips:-
pilih flower girl yg tidak pemalu ye!
kalo tidak ssh nti u..

idea utk baju flower girl/boy
owh sangat cute okeh!!
(gambar dari google)


bakul bunga
boleh DIY ye!!
(gambar dari google)



mcm majlis saya (ok masih kaitkan dgn majlis sbb dlm masa yg sama nak update pasal majlis dlu2 tp malu sbb dh basi..kahkahkahkah) saya gunakan anak saudara saya yg kiut-miut sbgai FLOWER GIRL saya.. 2 org si kecil itu memakai gaun putih (owh mmg sy impikan dari dlu lgi..hehehehe) manakala 2 org lagi tu memakai baju kurung sedondon(mereka dh besar, malu nak pakai gaun lagi..hihihi)



saat sedang di solek oleh cik akak ain & siti..

anak saudara saya yang lelaki telah menjadi
bunga manggar boy
(hah adokah?!..bolehlah)


si gaun putih


mereka si flower girl saya!!
& mereka sgt sporting!!
muka x senyum sbb cover cun! kihkih



Monday, January 10, 2011

D.I.Y & CREATIVITY

hari ni saya nak cerita ttg KREATIVITI & DIY dlm persiapan perkahwinan..
now rasanya dh popular dah pn ttg DIY.. ramai B2B kat luar sana yang sangat2 kreatif ttg persediaan perkahwinan..

mengapa msti DIY?? mungkin ini antara alasan2 negatif yang biasa kite dgr ttg DIY concept:

1. 'alah byk lg perkara2 penting yang perlu diuruskan'
2. 'x sempatlah..mana nak ada cukup masa nak buat itu ini'
3. 'aku x KREATIF.. nti ntah hape2 plak yang jadi'
4. 'ish DIY lagi byk cost la.. nak beli itu, ini'
5. 'leceh la.. beli lagi senang.. x payah nk pikir2 lagi'

tetapi sebenarnya ia :

1. memberi kepuasan buat B2B.. sbb buat sndiri kalo cntik sndri yg puas hati!!
2. membentuk diri kite menjadi seorg yg kreatif tnpa kite sedari
3. senang & mudah kalau kite RAJIN
4. akan dpt byk idea sbb bila kite decide utk DIY, kite akan rajin buat research, blogwalking..
5. sememangnya menjimatkan kos..
6. mungkin dpt menjana pendapatan lepas jadi mantan pengantin hasil drpda kreativiti kite..


yg sebenarnya.. saya dulu tidak percaya dgn kebolehan & creativity yg ada dlm diri saya.. saya selalu percaya bahawa CREATIVITY itu adalah bakat yang dikurniakan dan tidak boleh dibentuk dalam diri seseorang! tetapi sesungguhnya saya silap ttg itu! dan kini seakan tidak percaya bahawa saya dapat mewujudkan CREATIVITY dalam diri saya..

percayalah B2B.. anda semua berbakat & creative.. lakukan lah sekurang2 2-3 DIY project.. pasti anda akan rasai kepuasannya!!

masa majlis saya dlu emak, kakak & kakak ipar saya yg buat DIY ni semua..
saya cuma sebagai pencetus idea..
sbb masa tu saya tidak percaya pada kebolehan diri..
jadi apa yg saya mahukan..mereka realisasikannya..

mini pelamin utk akad nikah
(done by my sis)


gubahan hantaran
(done by my sis)

fresh flower hand bouquet
(done by my sis)


kereta pengantin
(done by my sis)


bunga manggar biru pink
(done by my mum)


beg doorgift utk tetamu
(done by mum & SIL)


**a few week before majlis, saya ada buat blogwalking..
masa tu saya tahu byk perkara & idea ttg DIY..
tp masa tu dah x sempat dah nak DIY..
rasa rugi jgk x buat blogwalking awal2 masa preparation majlis kan..

insyallah next entry
saya akan kongsikan
idea2 DIY..








Sunday, January 9, 2011

kesinambungan entri Cik Ida Firdausi

owh memang sgt2 lama giler x hang out bersama2 kawan2 yg sememangnya satu kepala!! kepala giler sumenye! ahaks..

peh mmg dh lama kot x kuar makan2, lepak2.. sejak masing2 sebuk..
sebuk dgn bisnes online (terutamanya sang suami yg bz dgn dslrnya) , preparation kawen (nie cik siti & cik ida), dating ngan boyfren (cik ain la ni..sejak ada bf ni..ish2) & sejak2 melat sang suami aka shakeel dh transfer ke site nusajaya.. terus semuanya senyap!

tiada lagi beramai2 tgk wayang, bowling, lepak kat secret recipe (feveret me, siti, ain, kak ida & tasya..huhu), lepak kat mamak smbil sedut asap sisha (sang suami & shakeel pnya angkara)..
owh rindunye kenangan2 terindah itu...
(psst : ingt lagi kisah makan free di MCD tnpa birthday girl?? hahaha)

weh korang!! bile ni nak kuar bersama?? nti masing2 dh kawen lagi ssh kot nak kuar, dh kene ikat ngan laki. huhuhu.. tggl la Mr & Mrs Firin je nanti..






















cik ida firdausi!
hahaha abeskan wit undi yer!! huhu mane boleh dong!!
heheheh tapi i igt lagi..
ttg htg i kat cik ida, ain, etieq & tasha!!
akan dilunaskan nti..insyallah..
tggu yer!

Friday, January 7, 2011

TIPS KEBAHAGIAN RUMAHTANGGA

hari ini nak share pasal tips kebahagian rumahtangga..
tips ni boleh dijdikan sbgai panduan oleh para2 isteri mahupun B2B kat luar sana..
saya pun begitu juga.. walau dh setahun berumahtangga tp byk lagi yg masih perlu kite pelajari dan diperbaiki supaya rumahtangga yg dibina lebih harmoni, bahagia & kekal selamanya =)
Buat para isteri :-
  1. sambut kepulangan suami dengan rasa gembira & memberikan senyuman.. jgn lupa cium tgn suami apabila menghantar dan menyambutnya pulang..
  2. banyakkan membantu suami, sekiranya suami ada masalah usahlah terlalu meminta2 kerana akan buat suami bersedih.. Jgn boros berbelanja walaupun isteri bekerja.. rancang masa depan bersama.
  3. Isteri perlu beritahu anda sayang padanya.. lakukan setiap hari walaupun selepas usia tua.
  4. Mandi bersama (opss..ini bkn tujuan seksual semata2 ye).. ianya utk merapatkan kasih sayang suami isteri.. tp jgn pula bermulut celupar ckp si suami busuk etc, nti kecil pula hatinya!!
  5. bila tidur, sentiasalah menghadap suami, minta izin terlebih dahulu jk ign membelakangkannya.. tidurlah berbantalkan lengan suami, pasti ada hikmah & nikmatnya..
  6. sentuh mesra suami, belailah suami @ curi2 menciumnya & jln sambil memegang tgnnya.. =) psti dia suka..
  7. amalkan masuk tidur bersama suami kerana itu saat manis dlm kehidupan rumahtangga.. jk ada anak tidurkan lah anak lebih awal..
  8. sentiasa ucapkan terima kasih apabila suami memberi bantuan @ pertolongan.. jgn berleter kalo keje yg dibuat x sempurna.. yg penting dia nak tolg =)
  9. simpan rahsia suami.. elakkan bercerita ttg suami kpd org lain, jk perlu ceritakan perkara yg baik kerana itulah tnda anda mengasihi suami..
  10. layan kehendak seksual suami.. layan dgn baik w'pun sibuk @ letih.. jgn beri pelbagai alasan utk mengelak..nti suami bosan @ merajuk ssh pula..hehehe
  11. tunjukkan sifat prihatin, jk suami sakit tunjukkan kesungguhan utk merawatnya & membangkitkan semangatnya utk sembuh..
(sumber)


Buat para suami :-
  1. sentiasalah berdoa agar disayangi & sentiasa melakukan ibadah bersama..
  2. belai isteri sebelum pergi keje.. & tegur, sentuhlah isteri apabila pulang ke rumah & tunjukkan keprihatinan dgn b'tanya ttg kegiatan isteri sepanjang hari.
  3. jadikan seorg pendengar yang baik
  4. berikan sekurang2nya 30minit perhatian yg berkualiti t'hdp isteri
  5. berikan hadiah spt bunga, coklat, myk wangi @ ajk la isteri keluar makan @ berjalan2 sekali sekala sbgainya sbgai tnda kasih buat isteri
  6. berikan pujian ttg penampilan isteri (terutamanya bila dia tkr imej baru..)
  7. PUJUK isteri bila dia marah @ kecil hati @ merajuk (walaupun dia selalu sgt merajuk.. ala pujuk jelah jnji dia senang hati.. x salah beralah kan)
  8. kalau balik lewat, beritahu isteri supaya dia tidak risau @ pikir yg negatif..
  9. telefon isteri dr tempat kerja semata2 utk bertanya khabar @ utk ucapkan I LOVE U
  10. peluk isteri dgn penuh kasih sayang sekurang-kurangnya 4x sehari & ucapkan kata-kata sayang sekurang2nya 2x sehari.
  11. sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama..
  12. urut belakang isteri sekali sekala (dia dh penat wat keje2 rumah kan..) & peluk dan belai isteri sekali sekala tnpa implikasi seksual.
  13. Manjakan isteri sebagaimana dia memanjakan anda.
  14. cari masa utk berdua-dua an sekali sekala
  15. Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan..
(sumber)

tHe ReCepTioN..

(dah basi tp masih ada mood mahu update gmbo tawen weh!!)

Reception on 20th December 2009 @ Dewan Serbaguna (F) Sg Sayong

Pelamin/Decoration/Makeup/Dress by Izzad Wedding Gallery
Theme Colour - Blue + Pink
Official Photographer by Mr. Ismail Sa'adun


(pelamin yg sgt sweet)


(tiada sesi tol2.. sbb kami decide utk berarak bersama)


(di red carpet b'sama flower girl yg cute-miut)

















Saturday, January 1, 2011

hEpi nEw YeaR 2011!!

selamat tinggal 2010!!
terima kasih utk segala kenangan-kenangan yang terindah..
terima kasih jgk utk segala yang pahit kerana ia mengajar saya utk menjadi lebih kuat
dan lebih baik.. pengalaman mendewasakan =)

selamat datang 2011..
berikan saya yang lebih baik dari 2010 yea..
moga tahun ini memberikan lebih keberkatan dalam hidup..
moga diberikan kesihatan yang lebih baik lagi
moga diberikan lebih kebahagiaan & keharmonian kami suami isteri
moga diberikan rezeki yang berlipat kali ganda
SEMOGA PERJALANAN KAMI DI TAHUN 2011
INI SEMUANYA AKAN BAIK-BAIK SAHAJA

so WISHLIST tahun 2011 :-


1. nak ddk our own house..
2. setup bizness (alhamdulillah dah mula dah pun.. FIRIN ART, FIRIN CHOC'S, FIRIN CRAFT..) semoga biz yg baru bertapak ni akan SUCCESS!!
3. of cos nak ada baby!! (insyallah sekiranya ALLAH nak berikan rezeki itu buat kami)
4. nak pegi travel sepuas2nya!! (en hubby sila note okeh!! hihihi)
5. nak kurus (boleh x tiap2 tahun wat azam ni... hahahaha)

tulah kot setakat ini.. semoga impian kan tercapai..INSYALLAH

FIR & RIN...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...