Tuesday, February 1, 2011

Johor Dilanda Banjir!!

2-3 hujan turun tanpa henti, telah menyebabkan beberapa negeri dilanda banjir.. antaranya adalah negeri kelahiran saya iaitu JOHOR..

tapi tempat saya xla banjir, kg pun x banjir.. x pernah banjir, alhamdulillah.. tapi kasihan pada mereka2 yg dilanda banjir.. juga kepada Cik Siti yg rumahnya juga dilanda banjir, harap dapat bersabar dgn dugaan ini ye..


cuba tgk gambar kat atas tu,betapa tingginya air sungai tu dah naik skrg..
tempat masa amik gambar outdoor di jeti sungai, skrg ni air dh naek sehingga ke bumbung tu..
nasib baik sekitar kawasan tu xde kawasan perumahan..

Daerah paling teruk terlibat dgn banjir adalah segamat, kluang dan johor bahru. Setakat ini kejadian banjir telah meragut 2 nyawa, manakala 28,900 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan. Daerah segamat kini lumpuh manakala laluan ke Muar, Johor Bahru dan Kuala Lumpur di kedua-dua hala turut ditenggelami air. (Sumber dari Berita Harian Online)


(gambar : Utusan Online)

tapi nampaknya cuaca hari ini agak baik sedikit berbanding 2-3 hari yg lepas, harap banjir akan surut.. insyallah..

Friday, January 28, 2011

zuriat



semua tahu antara tujuan perkahwinan itu adalah untuk mendapatkan zuriat serta mengembangkan keturunan melalui ikatan yg sah disisi agama. saya percaya semua pasangan suami isteri mahukan kehadiran anak dlm rumahtangga mereka, namun tidak semua akan berolah anak dgn cepat.. ada yg mengambil masa sehingga bertahun-tahun malah ada juga yg tidak diizinkan mempunyai anak langsung!.

saya juga mengimpikan utk memperolehi anak seberapa segera yang boleh.. kerna saya percaya kehadiran anak dalam rumahtangga akan mengeratkan lagi hubungan suami isteri.. tetapi nampaknya ALLAH tidak mengizinkan saya begitu cepat walau kini usia perkahwinan sudah menginjak setahun lebih.. tapi saya redha.. malah sehingga ke hari ini saya tidak pernah menyalahkan takdir saya.. saya terima seadanya.. saya percaya mungkin ada hikmah disebaliknya mengapa ALLAH masih belum memberikan 'rezeki itu' buat saya dan suami..

Ye, saya akui kadangkala terdetik rasa sedih, terkilan setiap kali 'hari itu tiba', pernah juga mempersoalkan kepada suami mengapa kita masih belum diberikan 'rezeki itu'.. tetapi suami selalu mengingatkan saya bahawa setiap yang berlaku itu adalah dengan izin dan kehendak ALLAH.. suami sentiasa mengingatkan saya supaya akur dan berserah dengan apa yang berlaku. Sungguhpun begitu kami masih berusaha dan sentiasa memanjatkan doa agar satu hari nanti kami akan perolehi juga 'rezeki itu'.. Insyallah (doakan kami ye semua)....

suami saya adalah anak sulung dlm keluarga.. saya yakin keluarga mertua cukup mengharapkan kehadiran org baru dlm keluarga mereka.. tetapi ibu mertua cukup2 memahami perasaan saya & sentiasa memberikan sokongan moral utk saya.. suami sendiri tidak pernah mempersoalkan ttg itu, ibu bapa saya juga (sbb dh ramai cucu agaknya..hehehehehe).. mereka tidak pernah mengungkit hal2 zuriat di hadapan saya.. terima kasih semua.. sayang sgt2!!

tapi apa yang saya x faham adalah masyarakat2 di luar sana/disekeliling kita yang sebuk bertanyakan hal rumahtangga orang!! ok mungkin mereka ambil berat tetapi tahukah bahawa anda sebenarnya telah mengguris hati dan perasaan saya sbgai seorg wanita!! mengapa seringkali anda tidak kiralah tua/muda mengajukan soalan2 yg saya kira agak keterlaluan ...

ok saya sudah muak diajukan soalan yg sama seperti2 ini :-
"eah dah setahun kahwin xkan masih belum ada lagi?, lambatnya dapat anak kau merancang ke?"

ok, saya x suke soalan2 begini.. sungguhpun saya redha, tp saya hanyalah wanita biasa yg penuh dgn emosi dan perasaan.. siapa yg x sedih bila diajukan soalan begitu rupa? siapalah saya untuk menilik & mengubah takdir saya? sekiranya ALLAH belum memberi keizinan, apalah yang saya mampu lakukan?
(kalau suami saya akan jawab macam ini "sekejap lagi dapatlah, beli kat kedai RM2" hihihi)

YA ALLAH.. saya masih kuat dgn semangat saya!! saya tidak akan biarkan sama sekali soalan2 yg diajukan menganggu benak fikiran saya!! saya sentiasa berpegang kepada ini "bersangka baik dengan ALLAH s.w.t. serta berdoa" dan kepada anda2 diluar sana, ingatlah supaya menjaga hati dan perasaan org lain.. fikirlah bahawa kadangkala apa yg kita tuturkan itu boleh menguris hati org.. renung2kan lah..

saya juga nak share kpd mereka yg mungkin senasib dgn saya, moga ALLAH memberikan keizinan untuk kita menikmati anugerah yang hebat itu.. insyallah..:-

  • Bacalah ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” Al-Imam Al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria a.s pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah ALLAH s.w.t. Maka baginda meyakini bahawa ALLAH berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula, baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.
  • Bacalah ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.” Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria a.s. untuk memperoleh anak yang baik bagi menyambung zuriatnya.Amalkan membaca doa ini bersama doa dalam surah Ali-Imran tadi untuk mendapat zuriat.
  • Selain itu berikhtiarlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak. Perbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail.

**ini entri yang panjang saya tulis rasanya**
**entri yg paling emosi buat saya**

duit oh duit!!

mimpi indah malam td.. & lagi indah kalau mimpi jadi kenyataan.. hahahahaha..


saya bermimpi bos saya beri sekeping cek berjumlah RM10,000.00 (Ringgit Malaysia : Sepuluh Ribu Sahaja) untuk saya sebagai tanda penghargaan menjadi Secretary nye selama ini.. (ececeh!! poyo giler!! hingin plak bos nak bagi wit banyak cenggitu kan aku kan!!) dan RM12,000.00 untuk Cik Siti sebagai hadiah perkahwinan beliau!!

duit oh duit!!



Cik Siti ko mesti suka kan kalo bos betul2 bagi ko duit banyak tu.. & saya pun pastilah SANGAT suka kalo bos mmg teringin benar nak bagi duit sebanyak itu... ehem2 bos, nak x bagi cek yg betul2 kat saya???

Thursday, January 27, 2011

nak buat apa??

just nak share ape gunanya gambar2 pre-wedding yg kita amek tu :

antaranya :

1. Kad Kahwin bergambar



2. Utk letak di bunting/banner


(ok x suke giler gambar pre-wedding saya!! x cantik!!)
(abg kandung yg sponsor jd t'paksa ikut apa yg dia suro!! huhu)

3. Guest Book


(credit to google)

4. Save The Date Card tuk letak di Blog anda!!


(credit to google)

5. Centerpieces/Wedding Decoration


(taken from here)

so semuanya bergantung pada idea anda ye!!

Tuesday, January 25, 2011

Pre-Wedding

tadi buat blog walking kat blog Xora (saya suka baca belog beliau!! best!) dia ada buat ttg entri tips untuk pre-wedding yg saya kira baik utk sharekan dgn anda semua..(mantan b2b nak buat utk post-wedding pun ok jgk!) lagipula seorg sahabat baik saya di ofc akan buat pre wedding nex wek!!(sy x sabar..hehe sebok!)

rasanya gambar pre-wedding semakin mendapat perhatian b2b skrang ini.. kalo dulu2 biasanya gambar pre-wedding kita ambil di studio lengkap dgn pakaian pengantin kan.. tapi skrg ini lain sudah nampaknya.. malah lebih menarik dgn kepelbagaian ideas yg fresh2 belaka..

ok antara tipsnya adalah :- (full entri sila ke sini ye)

1. Idea - menetapkan tema & jalan cerita
  • tetapkan tema utk pre-wedding anda - 60an, santai, berkelah, sekolah dsb
  • perlu tahu jalan cerita utk pre-wedding anda samada hanya utk bergambar sahaja @ ada jalan cerita yang hendak kamu sampaikan.
2. Pakaian
  • pakaian dan penampilan diri perlu disesuaikan dgn tema
3. Lokasi
  • beritahu OP jika kamu ada tempat yg kamu suka & ingin bergambar di sana.
  • pastikan lokasi bersesuaian dgn tema kamu
  • kalau tiada idea minta cadangan dan bantuan dari OP
  • jika perlukan kebenaran utk masuk ke tempat tu, pergi jumpa guard dulu & minta kebenaran sebelum tarikh shooting.
4. Posing Idea - candid @ penuh gaya
  • pilih samada mahu candid @ pose @ kedua2nya.
  • bincangkan dgn OP
5. Props - props mati @ props hidup
  • props mati - peralatan @ perkakas yg diguna sesuai dgn tema anda - contoh : bakul piknik, teddy bear, gitar, tikar, basikal dsb (mesti disesuaikan dgn tema ye).
  • props hidup - makhluk hidup yg menyerikan pre-wedding kamu - contoh : kawan2 rapat, ahli keluarga, kucing dsb. (maklumkan props hidup kamu ttg tema pemakaian yg kamu kehendaki)
Tips2 terakhir sebelum shooting:
1. Hubungi OP untuk final briefing, ttpkan masa dan tempat utk bertemu semasa hari shooting!
2. Hubungi props (jika ada) utk ingatkan mereka semula apa yg perlu di pakai dsb.
3.Bawa baju dan kasut extra, makeup kit, kertas serap minyak
4. Dengar arahan OP
5.Eye contact sgt penting antara kamu, pasangan & props.
6. Sentiasa berkomunikasi dgn OP. Beritahu pose bagaimana yg anda mahukan, OP biasanya akan guide anda. Sentiasa dgr arahan OP.
7. Cari keserasian antara kamu dan pasangan.
8. Have fun!! itu yg sgt2 penting. Jgn stress kalau yg dirancang x menjadi.. kalau kamu gembira hasilnya akan nampak pada gambar.. so ENJOY!!

Monday, January 24, 2011

Wedding Ayu Raudah & Zaquan

Jom kita layan picture Ayu Raudah & Zaquan..

Majlis Pernikahan



Majlis Malam Berinai




Majlis Bersanding




Credit to Ohbulan! & Piccalasso

**makeup ketika majlis nikah agak heavy pada saya..
**but anyway ayu nampak sgt cantik ketika malam berinai & sanding..
**sgt adore baju mlm berinai, simple but sweet!!
**lukisan inai jg sgt cantik okeh.. tp kalau inai di kuku tu merah lg cantik kan!
**katanya anak kera itu belaan zaquan.. comel & lain dari yg lain kot! hiks..

Thursday, January 20, 2011

Inai..


Sedikit masa dulu kecoh ttg pemakaian inai berukir. Ia diharamkan kerana mempunyai unsur-unsur/budaya agama lain. Walaubagaimanapun, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa :
  • Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana ianya tidak menimbulkan fitnah.
  • Walaubagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan. Manakala corak-corak haiwan, lambang dewa atau ajaran atau apa ua gambaran yang bertentang syarak adalah dilarang.
  • Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

SUMBER :
PORTAL RASMI FATWA MALAYSIA


yg ini spt yg dibenarkan
iaitu setakat pergelanggan tgn / buku lali




yg ini x boleh ye!









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...