Wednesday, February 9, 2011

kasih seorang suami..

sepanjang usia setahun perkahwinan, saya x pernah jatuh sakit seteruk ini saya kira..
bukan la sakit apa pun..cuma demam pakej (demam, batuk, selsema)..
saya tidak pernah demam untuk satu tempoh yg panjang,
malah kami suami isteri tidak pernah jatuh sakit serentak!!

tapi kali ini semuanya berbeza..betul2 hari itu dalam sejarah..hehe
kali ini kami suami isteri demam, malah saya demam sehingga 5 hari..
jadi siapa mahu jaga siapa? sedangkan masing2 pun dh tak larat jg diri sendiri..

nasib baik kebetulan pula cuti CNY,
kami berkampung di rumah emak saya sahaja cuti itu
rumah emak pun dah macam wad sakit
sbb
anak2 saudara saya pun demam juga..

tetapi sakit kali ini seolah2 memberikan satu kebahagiaan buat saya
saya tak sangka suami se'caring' ini..sgt2 caring
malah saya rasa dia jaga saya ketika sakit
teramat lebih baik dari saya jaga dia ketika sakit
saya mmg sgt2 terharu dgn sikap yg dia pamerkan
saya rasa kasih sayangnya meresap dalam diri saya

tak tahu mcm mana saya nak gambarkan
tapi
suami mmg suami yang TERBAIK!!
terima kasih B!!




i love u HUSBAND!!

Wednesday, February 2, 2011

Pengapit a.k.a Bridesmaid

Ok kembali lagi ke entri perkahwinan.. kali ini mahu beri sedikit tips ttg pengapit pengantin aka bridesmaid..

Jika anda B2B, tips utk anda :
1. Pilih pengapit yang anda rasa rapat dgn anda spt best freind anda (bukan apa lagi mudah utk beri arahan & komunikasi.. lagipula dia lebih memahami anda)
2. Pilih pengapit yg tidak malu2 ok.. bukan ape nti ssh la kalo sikit2 kate malu la itulah inilah.. nti di akhirnya anda juga yg susah..

3. Beritahu pengapit ttg warna tema anda, supaya dia x overshadow baju pengantin anda.. minta pengapit lelaki & perempuan memakai pakaian yg bewarna sedondon..akan nampak lebih cantik.. lagi bagus kalau anda yg berikan mereka pakaian tersebut..boleh juga dianggap sebagai hadiah pada mereka sbb sudi menjadi peneman anda sepanjang majlis berjalan!
4. Pastikan pengapit anda benar2 boleh hadir ke majlis anda.. jgn sampai di cancel last minute pula..ssh nti.. sentiasa ingatkan mereka tarikh/masa majlis anda!!

Jika anda pengapit, ini tips utk anda :-
1. Anda perlu ingat bahawa ini adalah majlis perkahwinan rakan anda/saudara anda etc.. jd jgn sesekali 'overshadow pengantin' ok.. means jgn la pakai baju/makeup melebih2 mcm anda pulak pengantinnye!!
2. Tahu warna tema & perjalanan majlis pengantin.. kalo ikut protokol kene bersedia dari awal.. tentukan baju anda mengikut tema pengantin (ini jika pengantin tidak menyediak
an baju utk anda)..
2. Jangan malu2 mengalahkan pengantin pulak.. biasalah anda akan jadi perhatian seperti pengantin juga.. so kena lah bersedia ye.. tapi jgn pula sampai x tahu malu, sampai sibuk2 nak posing sama konon2 igt kamera akan focus pada anda, padahal focus kat pengantin
..
4. Sentiasa senyum ye..ingat org akan ambil gambar, so for sure dgn gambar2 anda sekali org akan snap! kalo dh muka control je pun x cun juga dlm gambar kan.. eheks...
5. Bersopan-santun, jaga pekerti & bersedia dari segi emosi - kalo ada org cakap2 yg x elok ttg majlis tu, wat xtau aje sudahlah jgn sebok2 beritahu pada pengantin, x pasal2 pengantin ssh hati pula.. kalau anda geram sekalipun jgn la sebok2 nak marah org masa majlis tu.. (x sopan ok!)
6. Kenalpasti ahli keluarga pengantin, sng nanti kalau mahu tanya apa2 ketika majlis!
5. Tahu tugas2 pengapit.. antaranya :
  • ikutlah kemana juga pengantin pergi..kehadiran anda disisi pengantin adalah sangat2 diperlukan, pengantin xkan rasa anda menyebok pun... sbb anda akan jadi penenang utk kurangkan stress/nervous pengantin!!
  • sentiasa alert ttg perjalanan majlis & inform pengantin ttg perjalanan majlis.. sbb kdgkala pengantin lupa lepas ni nak buat apa, pastu apa lagi..sbb dh nervous..
  • bersedia utk memayung/mengipas pengantin (jgn kipas diri sendiri ok!)
  • sentiasa bersedia dgn apa juga situasi - contohnya, kalo veil/baju pengantin t'sangkut/senget etc, perlu tahu apa yg perlu dilakukan ok! Pastikan pakaian pengantin elok terletak setiap masa..
  • sentiasalah pegang tisu/bedak.. yelah pengantin mungkin menangis/cuaca panas menyebabkan makeup x berapa nak ok.. makan tugas anda adalah touchup sikit2 tuk pengantin..jgn lebih2 & lap peluh sendiri je sudahlah.. hehehe..
  • menjadi pelayan kpd pengantin.. tolong sendukkan makanan utk pengantin, jgn malas ye.. (jgn ingat perut sendiri je lapar..hahaha)
ok ini sahaja yg saya ingat utk dikongsi bersama anda!!






Resepsi Bertandang :
Pengapit Perempuan : Ain aka my BFF
Pengapit Lelaki : Shafik aka hubby's BFF




Resepsi Saya :

Pengapit Perempuan : Asmah aka my BFF
Pengapit Lelaki : Shafik aka hubby's BFF



Wordless Wednesday







**org lain nak ada Wordless Wednesday, aku pun nak jugak!! hehe**

Tuesday, February 1, 2011

Johor Dilanda Banjir!!

2-3 hujan turun tanpa henti, telah menyebabkan beberapa negeri dilanda banjir.. antaranya adalah negeri kelahiran saya iaitu JOHOR..

tapi tempat saya xla banjir, kg pun x banjir.. x pernah banjir, alhamdulillah.. tapi kasihan pada mereka2 yg dilanda banjir.. juga kepada Cik Siti yg rumahnya juga dilanda banjir, harap dapat bersabar dgn dugaan ini ye..


cuba tgk gambar kat atas tu,betapa tingginya air sungai tu dah naik skrg..
tempat masa amik gambar outdoor di jeti sungai, skrg ni air dh naek sehingga ke bumbung tu..
nasib baik sekitar kawasan tu xde kawasan perumahan..

Daerah paling teruk terlibat dgn banjir adalah segamat, kluang dan johor bahru. Setakat ini kejadian banjir telah meragut 2 nyawa, manakala 28,900 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan. Daerah segamat kini lumpuh manakala laluan ke Muar, Johor Bahru dan Kuala Lumpur di kedua-dua hala turut ditenggelami air. (Sumber dari Berita Harian Online)


(gambar : Utusan Online)

tapi nampaknya cuaca hari ini agak baik sedikit berbanding 2-3 hari yg lepas, harap banjir akan surut.. insyallah..

Friday, January 28, 2011

zuriat



semua tahu antara tujuan perkahwinan itu adalah untuk mendapatkan zuriat serta mengembangkan keturunan melalui ikatan yg sah disisi agama. saya percaya semua pasangan suami isteri mahukan kehadiran anak dlm rumahtangga mereka, namun tidak semua akan berolah anak dgn cepat.. ada yg mengambil masa sehingga bertahun-tahun malah ada juga yg tidak diizinkan mempunyai anak langsung!.

saya juga mengimpikan utk memperolehi anak seberapa segera yang boleh.. kerna saya percaya kehadiran anak dalam rumahtangga akan mengeratkan lagi hubungan suami isteri.. tetapi nampaknya ALLAH tidak mengizinkan saya begitu cepat walau kini usia perkahwinan sudah menginjak setahun lebih.. tapi saya redha.. malah sehingga ke hari ini saya tidak pernah menyalahkan takdir saya.. saya terima seadanya.. saya percaya mungkin ada hikmah disebaliknya mengapa ALLAH masih belum memberikan 'rezeki itu' buat saya dan suami..

Ye, saya akui kadangkala terdetik rasa sedih, terkilan setiap kali 'hari itu tiba', pernah juga mempersoalkan kepada suami mengapa kita masih belum diberikan 'rezeki itu'.. tetapi suami selalu mengingatkan saya bahawa setiap yang berlaku itu adalah dengan izin dan kehendak ALLAH.. suami sentiasa mengingatkan saya supaya akur dan berserah dengan apa yang berlaku. Sungguhpun begitu kami masih berusaha dan sentiasa memanjatkan doa agar satu hari nanti kami akan perolehi juga 'rezeki itu'.. Insyallah (doakan kami ye semua)....

suami saya adalah anak sulung dlm keluarga.. saya yakin keluarga mertua cukup mengharapkan kehadiran org baru dlm keluarga mereka.. tetapi ibu mertua cukup2 memahami perasaan saya & sentiasa memberikan sokongan moral utk saya.. suami sendiri tidak pernah mempersoalkan ttg itu, ibu bapa saya juga (sbb dh ramai cucu agaknya..hehehehehe).. mereka tidak pernah mengungkit hal2 zuriat di hadapan saya.. terima kasih semua.. sayang sgt2!!

tapi apa yang saya x faham adalah masyarakat2 di luar sana/disekeliling kita yang sebuk bertanyakan hal rumahtangga orang!! ok mungkin mereka ambil berat tetapi tahukah bahawa anda sebenarnya telah mengguris hati dan perasaan saya sbgai seorg wanita!! mengapa seringkali anda tidak kiralah tua/muda mengajukan soalan2 yg saya kira agak keterlaluan ...

ok saya sudah muak diajukan soalan yg sama seperti2 ini :-
"eah dah setahun kahwin xkan masih belum ada lagi?, lambatnya dapat anak kau merancang ke?"

ok, saya x suke soalan2 begini.. sungguhpun saya redha, tp saya hanyalah wanita biasa yg penuh dgn emosi dan perasaan.. siapa yg x sedih bila diajukan soalan begitu rupa? siapalah saya untuk menilik & mengubah takdir saya? sekiranya ALLAH belum memberi keizinan, apalah yang saya mampu lakukan?
(kalau suami saya akan jawab macam ini "sekejap lagi dapatlah, beli kat kedai RM2" hihihi)

YA ALLAH.. saya masih kuat dgn semangat saya!! saya tidak akan biarkan sama sekali soalan2 yg diajukan menganggu benak fikiran saya!! saya sentiasa berpegang kepada ini "bersangka baik dengan ALLAH s.w.t. serta berdoa" dan kepada anda2 diluar sana, ingatlah supaya menjaga hati dan perasaan org lain.. fikirlah bahawa kadangkala apa yg kita tuturkan itu boleh menguris hati org.. renung2kan lah..

saya juga nak share kpd mereka yg mungkin senasib dgn saya, moga ALLAH memberikan keizinan untuk kita menikmati anugerah yang hebat itu.. insyallah..:-

  • Bacalah ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” Al-Imam Al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria a.s pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah ALLAH s.w.t. Maka baginda meyakini bahawa ALLAH berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula, baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.
  • Bacalah ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.” Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria a.s. untuk memperoleh anak yang baik bagi menyambung zuriatnya.Amalkan membaca doa ini bersama doa dalam surah Ali-Imran tadi untuk mendapat zuriat.
  • Selain itu berikhtiarlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak. Perbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail.

**ini entri yang panjang saya tulis rasanya**
**entri yg paling emosi buat saya**

duit oh duit!!

mimpi indah malam td.. & lagi indah kalau mimpi jadi kenyataan.. hahahahaha..


saya bermimpi bos saya beri sekeping cek berjumlah RM10,000.00 (Ringgit Malaysia : Sepuluh Ribu Sahaja) untuk saya sebagai tanda penghargaan menjadi Secretary nye selama ini.. (ececeh!! poyo giler!! hingin plak bos nak bagi wit banyak cenggitu kan aku kan!!) dan RM12,000.00 untuk Cik Siti sebagai hadiah perkahwinan beliau!!

duit oh duit!!



Cik Siti ko mesti suka kan kalo bos betul2 bagi ko duit banyak tu.. & saya pun pastilah SANGAT suka kalo bos mmg teringin benar nak bagi duit sebanyak itu... ehem2 bos, nak x bagi cek yg betul2 kat saya???

Thursday, January 27, 2011

nak buat apa??

just nak share ape gunanya gambar2 pre-wedding yg kita amek tu :

antaranya :

1. Kad Kahwin bergambar



2. Utk letak di bunting/banner


(ok x suke giler gambar pre-wedding saya!! x cantik!!)
(abg kandung yg sponsor jd t'paksa ikut apa yg dia suro!! huhu)

3. Guest Book


(credit to google)

4. Save The Date Card tuk letak di Blog anda!!


(credit to google)

5. Centerpieces/Wedding Decoration


(taken from here)

so semuanya bergantung pada idea anda ye!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...