Thursday, January 20, 2011

Inai..


Sedikit masa dulu kecoh ttg pemakaian inai berukir. Ia diharamkan kerana mempunyai unsur-unsur/budaya agama lain. Walaubagaimanapun, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa :
  • Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana ianya tidak menimbulkan fitnah.
  • Walaubagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan. Manakala corak-corak haiwan, lambang dewa atau ajaran atau apa ua gambaran yang bertentang syarak adalah dilarang.
  • Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

SUMBER :
PORTAL RASMI FATWA MALAYSIA


yg ini spt yg dibenarkan
iaitu setakat pergelanggan tgn / buku lali




yg ini x boleh ye!









Wednesday, January 19, 2011

tHe coLOr!

kita telah membicarakan ttg bermcm2 benda hari ini kan?? seronok rasanya dapat berkongsi idea!!ok mari kite berbicara ttg pemilihan tema warna pula ye!! again, ini sedikit panduan dari pengalaman saya oke!

Yang paling penting bila bicara ttg tema majlis perkahwinan, anda perlu buat survey terlebih dahulu (as i mention earlier.. survey itu sgt penting!) yelah manalah tau warna yg anda inginkan itu ssh nak direalisasikan!! then perlu juga buat perbincangan dgn pasangan anda.. x maulah anda sorg saja yg pilih nti kalau dia x selesa dgn warna yg telah anda pilih bagaimana pula?! pastikan juga warna yg dipilih itu sesuai dengan kamu berdua!! bincang juga dengan family members (mereka juga org kuat yg menjayakan majlis anda so mereka berhak tau!)

bila kita ada warna tema untuk majlis perkahwinan, itu tidak bermakna kita perlu mengaitkan semua perkara/benda dgn warna tema tersebut. Sebaiknya selitkan sedikit unsur warna tema dlm semua perkara tetapi dgn penggunaan yg minima!! contohnya apa yg ingin saya perkatakan adalah jika warna tema anda ialah biru, usahlah dinding, langsir, pelamin, baju, cadar & bilik pengantin semuanya bewarna biru sehinggakan nampak seolah2 anda menyimbah setin cat berwarna biru ke semua benda oke!! (ini memang ada & banyak berlaku dlm majlis perkahwinan!).. Remember less is more!!

Kita boleh menggunakan warna2 tema tersebut untuk hiasan lokasi seperti kad jemputan, khemah, alas meja&kerusi, makanan & minuman iaitu penggunaan icing cake/cupcakes, minuman, buah2 serta hiasan bungaa2an/ribbon utk hantaran, doorgift dan juga pelamin mengikut kesesuaian. Ia pasti sangat menarik. Sebaiknya gabungkan warna utama yang telah anda pilih dgn 1-2 warna lain dgn penggunaan yg minima.

Untuk busana pengantin pula, janganlah memakai pakaian yang sama dgn warna pelamin anda!! aduh..sangat tenggelam!! bincang dgn bridal anda sebaik2nya.. manakala baju pengapit & baju keluarga pula jgn sama dgn busana pengantin anda!! juga anda & kecantikan akan tenggelam sama sekali.. seeloknya pilihla warna yg agak kontra. Contohnya jika tema anda purple+grey, busana anda purple maka mereka memakai grey @ jika anda pakai warna pink & masih mahukan mereka berwarna pink, pilih warna yg agak cerah@gelap daripada anda!! yg penting ada kelainan warna disitu!

reception theme : blue+pink
Align Center
bertandang theme : brown+white/gold

the theme color ideas!!

lagi??!

huhu pecah rekod harini.. update 3 entry trus dlm masa 1 hari.. cayalah!!

ok masih berkaitan dgn hal kasut td.. kiranya bila dah ada kasut yg cantik harus la kaki kita juga kelihatan indah kan!! apatah lagi bila kite pakai kasut yg open ala2 seksi gitu!!





(gambar dari blog cik ida)

kuku kaki haruslah kelihatan lebih kemas & bersih.. oleh itu lakukan la pedicure treatment.. boleh buat di spa @ mungkin juga boleh buat sendiri seperti Cik Ida.. ok kalau mahu tahu cara buat sendiri pedicure di rumah boleh la ke ENTRY Cik Ida ini ye.. (sharing is sexy kan kak ida..hekhek)

tak lupe juga saya nak bagi 2 petua dari mak saya yg biasa digunakan utk elakkan drpd kaki melecet
:

1. gosokkan lilin putih pada sekeliling tepi sebelah dalam kasut sebelum pertama kali dipakai.

2. gigit kasut anda sebelum dipakai.. mak kate sblum kasut tu gigit kita, kita gigit la dia dlu.. kihkih.. ini taktau la btl ke x.. tp sometime ianya menjadi!! hehehe..

Selamat mencuba...

weDDinG shOeS!



mari bercerita ttg kasut pula..

panduan ttg kasut kawen.. (edisi saya ye..)
  1. sekiranya nak beli kasut sila tentukan budget anda terlebih dahulu..& decide untuk tempah @ beli sediada di kedai2 kasut.
  2. tentukan pemilihan warna kasut.. seeloknya bersesuaian dgn bentuk kaki anda dan juga dgn baju pengantin anda..
  3. tentukan ketinggian kasut! yg penting kasut mesti selesa dipakai!! kalo x nti nampak pelik pula ketika berjalan.. jadi ketinggian kasut mestilah diambil kira.. selain utk keselesaan sndri ianya mestilah sesuai dgn pasangan kita..sekiranya pasangan anda agak rendah, jgn la pakai heel yg terlalu tinggi nti pasangan anda rasa tidak selesa ketika berjalan beriringan dgn anda ok!
  4. sekiranya ingin memakai kasut yg disediakan oleh bridal, sila clearkan betul2 dgn bridal tersebut adakah mereka menyediakan kasut @ tidak (jgn jadi macam saya!! fuhh!! xmau igt lorr!) dan tengok kasut yg disediakan oleh mereka lebih awal supaya bersesuaian dgn size kaki anda & ketinggian anda & juga baju pengantin anda!!
  5. be CREATIF.. mungkin kasut kawen anda boleh DIY... beli kasut yg biasa & murah kemudian transform ia menjadi kasut yg nampak mewah & elegant.. sape tau dgn daya creativiti anda yang tinggi dpt menghasilkan kasut yg sgt menarik kan!!
ok bagi mereka yang tercari2 idea ttg kasut jom lihat gambar2 yg mungkin
boleh membantu anda membuat pilihan yg sesuai

(gambar2 ini adalah ihsan google)




(saya suka perincian begini)






kasut berwarna mmg cantik lagi pula digayakan bersama dress/gaun putih
diserikan bunga tangan yg sedondon dgn warna kasut! mmg meletops!!
(lagi2 kalau kasut & bunga tangan kaler pink terang!! wow.. i like!!)

Tuesday, January 18, 2011

MAK ANDAM vs PAK ANDAM

Entri kali ini masih berkisarkan ttg isu jurusolek..

a few friend penah tanya saya Mak andam or pak andam.. which is d best?? for me adalah siapa antara mereka yg boleh memberikan servis yg terbaek & memastikan anda lebih cantik & berseri dari biasa pada wedding day anda dialah yg d best!

Yes!! saya akui dulu saya lebih prefer pada pak andam.. masa majlis tunang, pak andam yg solekkan saya..pada saya solekan pak andam lebih natural & mak andam more to kaler terang2 which is i mmg sgt2 x suke okeh! actually masa wedding day pun prefer nak amek pak andam..tapi masa tu pak andam yg saya inginkan tu jadualnye dh penuh so he cannot make it.. lgpula my family x prefer pak andam sbb nti nak solek tuk nikah dh terbatal air sembahyang.. so as recommended by the bridal gallery saya book la mak andam.. yg pada mulanya saya sgt ler risau but when its turn to the real..OMG so cantek d bom okeh!! yg mana sume org pun puji makeup nikah,sanding & outdoor tuh!! fuhh!!

Maknanya silap besar la kalo kite pandang rendah pada mak andam ok!! tidak dinafikan kaum2 adam juga boleh menghasilkan solekan yg t'sgt menarik tetapi mak andam juga mempunyai magisnye yg t'sendiri.. tambahan pula golongan2 mak andam kini dipelopori oleh kaum2 wanita yang masih muda, berbakat & fresh dgn idea2 kecantikan.. lagi pula wanita kan lebih memahami apa yg wanita inginkan..

Bagi wanita yg mementingkan isu halal haram, eloklah menggunakan khidmat jurusolek wanita.. ianya lebih mudah & tidak membatalkan air sembahyang.. tetapi bg yg ttp ingin menggunakan khidmat pak andam namum ttp menjaga batas agama, mintalah pak andam anda menggunakan sarung tangan supaya ia berlapik =) nah selesai bukan!


ini adalah magis dari tangan seorang mak andam!!

cantik bukan! (ceh ada ayat perasan disitu!)





JURUSOLEK!!

Bila berbicara ttg majlis perkahwinan, mesti kita akan terfikirkan yg cantik2 ttg baju, pelamin dan x lupa yg paling penting ialah MAKE-UP yang haruslah cantik menarik ko mmg d bom!! Sebenarnya bukan mudah nak uruskan ttg majlis kawen ni, byk perkara yg perlu kita amik tau & perlu buat pertimbangan dgn betul..jgn main redah je.. bak kate pepatah untung sabut timbul, untung batu tenggelam!!!

Dlm byk2 urusan mjlis perkahwinan Pemilihan jurusolek/mak andam/pak andam adalah satu antara perkara yg terpenting! kan ke kite hendak nampak d bom di hari majlis.. peranan mereka walaupun nampak kecil tapi akan memberi impak yg besar pada kita & majlis perkahwinan tu..

Pemilihan jurusolek seeloknya dilakukan seawal 6-5bln sebelum majlis. Ini untuk mengelakkan kita dapat jurusolek yg kita sndiri x berkenan..senang cite tangkap muat je..yg pentinga ade dr xde kan... ish jgn begitu nti kalo rupe burok habes sume org asek duk ckp2 je "'eh x cantik ar si polan tu..x macam pengantin pun".. xmau ke dgr org bercakap "eh cantik la si polan tu..naek betul seri pengantin dia".. hah kan lagi syok dgr!

Antara tip yg boleh diguna utk membuat pemilihan jurusolek:
  1. Yg penting survey! Perlu rajin pegi survey ke bridal2 / jurusolek melalui FB, blog, bridal gallery..
  2. Kebiasaanya kalo kite amek pakej kat bridal mmg dh include andaman tuk majlis nikah, berinai & sanding ni.. tapi x bermakna yg kite tiada hak tuk memilih jurusolek yg kita inginkan.. bincang dgn bridal gallery tersebut ok!
  3. Lihat hasil2 kerja jurusolek berkenaan terlebih dahulu dgn lbh dkt lagi.. Lihat contoh2 gambar2 model/pengantin yg telah disolek sebelum ini.
  4. Kenalpasti brand makeup yg digunakan.. bukannya nak demand tapi manalah tau ada brand yg mungkin anda allergic! x ke haru nanti kalo2 muka kena gatal2 after makeup?!
  5. After survey, buat shortlist.. 2-3 jurusolek yg anda rasa terbaik.. Then try buat test make-up dulu before majlis. Makeup test biasanya rate antara RM80-RM150 kot..
  6. Pastikan jurusolek anda tidak ada tempahan drpada org lain.. bukannya nk ttp pintu rezeki dia tapi cuba fikir kalau dia ada job lain pada waktu yg sama dgn hari wedding day anda, pasti dia akan kelam kabut & terkejar2 utk solekkan anda..sudahnya habis sume hancur!!
  7. Rajin2 la belek & membaca majalah2/artikel kecantikan utk tambahkan ilmu supaya kite tau apa yg kita mahu, tau apa yang cantik apa yang tidak..
  8. Berkomunikasi dgn jurusolek anda selalu! Terangkan seawal sebelum majlis solekkan bagaimana yg anda inginkan & apa yg anda tidak suka, dandanan rambut bagaimana yg anda mahu, bagaimana hendak gayakan tudung dsb.. bersikap cerewet kadangkala itu perlu tau! tapi jgn lah cerewet melampau sbb kadangkala apa yg kite bayangkan cantik itu tidak indah..Jurusolek anda lebih berpengalaman so dgr la jugak pandangan beliau!! Perlu ada perbincangan antara anda dan jurusolek anda!



ok tu saja sedikit panduan & tips dari saya!
till then!!

Saturday, January 15, 2011

Kecantikan dan Airmata Seorang Wanita





"Kau tahu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. "Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya"

Allah s.w.r...berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika
orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."



petikan dari blog ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...